Polis minta bantuan kesan kehilangan dua remaja perempuan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehilangan dua remaja perempuan pada 2 Oktober dan 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua remaja itu berumur lingkungan 16 tahun.

"Kes pertama melibatkan seorang remaja perempuan merupakan warga tempatan dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Flat Desa Mentari di sini, kira-kira jam 8 malam.

"Kes kedua pula melibatkan seorang remaja perempuan yang juga warga tempatan hilang selepas keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes terbabit masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua kes ini boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor R Yugarajan di talian 014-3049419 atau Inspektor Lee Sheng Yew di talian 011-35327062," katanya.

Artikel Berkaitan: