Kedah cadang lantik exco baharu

Laporan Sinar Harian mengenai peletakkan jawatan sebagai exco Kedah berkuatkuasa serta merta pada Khamis.
Laporan Sinar Harian mengenai peletakkan jawatan sebagai exco Kedah berkuatkuasa serta merta pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dikosongkan berkuatkuasa serta-merta pada Khamis akan diisi dengan lantikan baharu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jawatan Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga Kedah itu akan digantikan setelah ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan peletakan jawatan tersebut.

"Kita akan ada exco barulah yang jaga portfolio itu, lantik dan ganti yang baru," katanya kepada media sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat exco di Bilik Gerakan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada Khamis.

Muhammad Sanusi berkata, Suraya telah menghantar surat peletakan jawatan dan menyerahkan fail berkaitan fortfolio kepadanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, tindakan itu dibuat mempunyai kaitan dengan khabar angin bahawa Suraya bakal bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhammad Sanusi ketika selesai mempengerusikan mesyuarat exco di Bilik Gerakan Kompleks MPSPK pada Khamis.
Muhammad Sanusi ketika selesai mempengerusikan mesyuarat exco di Bilik Gerakan Kompleks MPSPK pada Khamis.

Dalam pada itu, Suraya ketika dihubungi media dengan ringkas berkata, beliau belum tentu lagi akan bertanding kerusi parlimen pada PRU15 setakat ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Suraya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang diedarkan kepada media sebaik selesai menghadiri mesyuarat exco pada Khamis.

Melalui kenyataan tersebut, Suraya merakamkan penghargaan kepada barisan exco serta kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan negeri direalisasikan.