Kedah tidak bubar DUN: MB

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akur dengan ketetapan yang dibuat Pas Pusat agar tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dalam masa terdekat.

Ketetapan itu dibuat selaras keputusan yang dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Kerja Pas Pusat pada Khamis.

"Kita akur... bubar atau tak bubar itu bergantung kepada Pas Pusat," katanya kepada media sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat Exco di Bilik Gerakan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada Khamis.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat antara lain memutuskan untuk mengekalkan pendirian agar tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah menyatakan pembahagian kerusi calon Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini sudahpun selesai.

Beliau berkata, senarai yang ditampilkan terdiri daripada calon muda itu akan diserahkan kepada PN Pusat pada Ahad depan.

Pada masa ini, Pas menyandang 15 daripada 36 kerusi DUN Kedah dan mengetuai kerajaan PN di negeri ini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempunyai enam kerusi, manakala UMNO hanya dua kerusi.

Artikel Berkaitan: