Camilla tidak pakai berlian Koh-i-Noor

Raja Charles III bersama isterinya, Raja Permaisuri Camilla. - Foto WPA Pool/Pool/GettyImages
Raja Charles III bersama isterinya, Raja Permaisuri Camilla. - Foto WPA Pool/Pool/GettyImages
A
A
A

LONDON - Rancangan untuk isteri Raja England, Raja Charles III iaitu Raja Permaisuri Camilla untuk menggunakan mahkota diraja yang mengandungi berlian Koh-i-Noor dari India semasa majlis pertabalannya mungkin dibatalkan kerana mengandungi sensitiviti politik, menurut laporan pada Rabu.

Menurut Mail+, Raja Charles III sebelum ini pernah menyatakan bahawa isterinya itu bakal ditabalkan sebagai Raja Permaisuri dengan memakai mahkota yang pernah dipakai Ratu Elizabeth 11.

Namun, akhbar itu telah mengetahui bahawa terdapat 'kegugupan ketara' mengenai perkara itu memandangkan kontroversi berterusan mengenai pemilikan berlian itu yang berasal dari India tetapi juga dituntut oleh Pakistan kerana ia pernah menjajah Punjab serta Afghanistan.

Kerajaan Afghanistan sebelum ini juga menganggap berlian itu adalah harta negaranya yang sah.

Menurut sumber, Raja Charles III amat peka terhadap isu-isu itu begitu juga dengan penasihat-penasihatnya, namun Istana Buckingham masih enggan mengulas perkara tersebut.

Ratu Elizabeth mangkat pada 8 September lalu kerana sakit tua ketika berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland setelah memerintah selama 70 tahun menyebabkan ia diganti oleh anakanda sulungnya, Raja Charles III.

Berlian Koh-i-Noor dipercayai telah dilombong dari Lombong Kollur di tebing selatan Sungai Krishna di tengah timur India.

Berlian itu diberikan kepada pemerintah England sebelum ini, Ratu Victoria pada tahun 1855 oleh Duleep Singh iaitu Maharaja Sikh terakhir yang berusia 10 tahun.

Artikel Berkaitan:

India telah lama berkempen untuk mendapatkan semula berlian itu berikutan kemerdekaannya daripada penjajahan British pada tahun 1947.

Bagaimanapun, pada tahun 1976 Britain menolak permintaan untuk menyerahkan berlian itu dengan memetik syarat perjanjian damai Anglo-Sikh. - Agensi