Tun M tidak perlu campur hal UMNO: Noor Hariri

Noor Hariri Mohd Noor
Noor Hariri Mohd Noor
A
A
A

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak perlu campur urusan parti lain, sama ada untuk berubah menjadi baik atau tidak baik.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hariri Mohd Noor berkata, Tun Mahathir sepatutnya merombak kembali Kabinet yang sedia ada dan melantik menteri daripada kalangan UMNO dan Pas.

“Ini kerana UMNO dan Pas sudah tentunya mempunyai pemimpin dan individu yang penuh dengan kualiti, hujah, idea, kelayakan dan yang pentingnya tidak menipu.

“Itu lebih penting daripada memikirkan perubahan yang berlaku kepada parti lain. Terima kasih di atas kerisauan itu. Tapi bagi saya, Tun tidak perlulah risau, tapi jagalah PH daripada anasir-anasir yang sedang mengganggu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir menerusi sebuah portal yang kesal UMNO bertukar menjadi ‘Pas’ dan kini banyak menggunakan isu-isu perkauman dan agama untuk terus hidup, bukannya memberi tumpuan terhadap kerajaan.

Artikel Berkaitan: