Pemuda UMNO cabar Pas Kelantan bubar DUN

Noor Hariri
Noor Hariri
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan mencabar kerajaan negeri supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilangsungkan secara serentak.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, parti itu tidak perlu takut untuk mengadakan pilihan raya serentak sekiranya yakin sokongan rakyat terhadap mereka kukuh.

"Saya cabar Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah membubarkan DUN.

"Serahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang akan mentadbir Kelantan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan mengekalkan keputusan yang dibuat untuk tidak membubarkan DUN walaupun Parlimen dibubarkan pada Isnin.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut dibuat sebagaimana keputusan yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi.

Dalam perkembangan lain, mengulas kenyataan Naib Presiden Pas itu bahawa kononnya 90 peratus pengundi muda menolak BN pada PRU15, Noor Hariri berkata, kenyataan itu hanya bersifat propaganda murahan dan sekadar untuk menyembunyikan hakikat sebenar pergolakan yang berlaku dalam Pas.

Menurut beliau, perkara itu juga sekadar mahu menutup kelemahan Pas.

Artikel Berkaitan:

"Umum tahu bahawa keputusan Pas untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah satu keputusan yang silap akibat mendengar nasihat yang salah daripada orang berkepentingan.

"Sekarang sudah terhantuk baru nak tengadah," katanya.