SAS, SSP ungguli Kejohanan Bola Keranjang SBP

Skuad SAS menjuarai Kejohanan Bola Keranjang SBP bagi kategori lelaki pada Sabtu. - Foto Facebook Tigers Supers Sports.
Skuad SAS menjuarai Kejohanan Bola Keranjang SBP bagi kategori lelaki pada Sabtu. - Foto Facebook Tigers Supers Sports.
A
A
A

SEKOLAH Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya dan Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya mengungguli Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kategori lelaki serta perempuan bagi edisi 2022.

SAS muncul juara setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang 38-20 pada final yang berlangsung di Stadiun MABA pada Sabtu.

SSP atau lebih terkenal dengan jolokan Scud turut mempamerkan aksi mengagumkan apabila menundukkan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan 46-33.

Skuad SSP mengungguli Kejohanan Bola Keranjang SBP bagi kategori perempuan pada Sabtu. - Foto Facebook Tigers Supers Sports.
Skuad SSP mengungguli Kejohanan Bola Keranjang SBP bagi kategori perempuan pada Sabtu. - Foto Facebook Tigers Supers Sports.

Kejayaan berganda buat SAS juga apabila Afiq Ashraf Rozaidee dipilih sebagai pemain paling bernilai (MVP), manakala Siti Sarah Mohd Fathudin dari SSP dinobatkan sebagai MVP bagi kategori perempuan.

Afiq Ashraf (kiri) dan Siti Sarah (kanan) bersama jurulatih mereka selepas dinobatkan sebagai pemain paling bernilai Kejohanan Bola Keranjang SBP pada Sabtu. - Foto Facebook Tigers Supers Sports.
Afiq Ashraf (kiri) dan Siti Sarah (kanan) bersama jurulatih mereka selepas dinobatkan sebagai pemain paling bernilai Kejohanan Bola Keranjang SBP pada Sabtu. - Foto Facebook Tigers Supers Sports.
Artikel Berkaitan:

Kali terakhir kejohanan tersebut diadakan ialah pada 2019 sebelum ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan diadakan semula selama tiga hari untuk edisi 2022 bermula pada Khamis.