Lelaki ditahan ugut wanita enggan jadi kekasih

Seorang lelaki ditahan selepas mengugut seorang wanita kerana berang mangsa enggan menjadi teman wanitanya. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan selepas mengugut seorang wanita kerana berang mangsa enggan menjadi teman wanitanya. - Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki ditahan selepas mengugut seorang wanita kerana berang mangsa enggan menjadi teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten, Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Bangsar, Kuala Lumpur, pada jam 9 malam, Sabtu.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, 1 Oktober lalu, suspek telah datang ke rumah mangsa berusia 28 tahun di Taman Ukay Perdana, di sini.

"Suspek yang berada di luar pagar telah memaksa serta mengugut akan memecahkan muka mangsa jika dia tidak keluar dari rumah.

"Suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana tidak melayan kamahuannya untuk dijadikan teman wanita," katanya.

Ujarnya lagi, suspek juga tidak membenarkan mangsa berkawan dengan lelaki lain.

"Suspek juga didakwa akan menarik atau mengapa-apakan kereta wanita itu jika terjumpa kenderaan itu di tempat lain.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang tempoh 10 bulan mereka berkawan, suspek tidak pernah merosakkan apa-apa harta milik mangsa," katanya.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

"Suspek ditahan reman dua hari bermula Ahad hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.