Nuridah, Peter Mojuntin angkat sumpah senator hari ini

NURIDAH
NURIDAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Donald Peter Mojuntin dan Ketua Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara buat kali pertama, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini bagi tempoh tiga tahun.

Donald ketika ditemui selepas mengangkat sumpah berkata, beliau akan memainkan peranannya sebagai ahli Dewan Negara bagi menyumbang kepada pembangunan negara terutama di negeri Sabah.

"Sebenarnya, banyak isu relevan untuk dibawa ke Dewan Negara dari Sabah. Itulah amanah yang diberi kepada saya untuk mewakili Sabah dalam segala aspek yang akan beri faedah kepada negeri itu," katanya.

Beliau berkata, isu yang paling penting bagi Sabah yang akan diberi fokus oleh beliau sebagai ahli Dewan Negara ialah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pendatang asing tanpa izin dan ekonomi.

Sementara itu, Nuridah berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada beliau menjadi ahli Dewan Negara. Katanya, beliau akan mengangkat isu kemasyarakatan dan kewanitaan terutama yang membabitkan Terengganu.

"Saya juga amat harap kerajaan negeri Terengganu dan parti supaya dapat memberi nasihat kepada saya menyempurnakan tanggungjawab ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: