Indonesia gesa parlimen G20 perkukuh kerjasama pulih ekonomi dunia

Joko Widodo. - Foto: AFP
Joko Widodo. - Foto: AFP
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Khamis meminta parlimen negara-negara G20 mengukuhkan kerjasama bagi mengatasi krisis ekonomi global, selain menggalakkan pemulihan ekonomi dunia di tengah-tengah konflik geopolitik.

Pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 ke-8 di sini, yang dihadiri wakil parlimen dan berpuluh-puluh parti jemputan, Widodo berkata, parlimen global mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam melaksanakan dialog, menggalakkan kebersamaan selain mengelak perpecahan.

"Multilateralisme adalah cara paling berkesan untuk mengatasi cabaran biasa, kerana tiada satu masalah pun boleh diselesaikan oleh satu atau lebih negara semata-mata,” Xinhua memetik Widodo sebagai berkata.

Mesyuarat yang berlangsung dari 6 hingga 7 Oktober di Jakarta itu, adalah wadah yang sesuai untuk mewujudkan kebersamaan dengan rakyat serta merentasi negara untuk menjalin kerjasama dalam menyelesaikan masalah serta membina dunia yang adil, tambah Widodo. - Bernama

Artikel Berkaitan: