Manchester United belum cukup bagus

TEN HAG
TEN HAG
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tanpa berselindung mengakui isu utama membelenggu The Red Devils musim ini adalah kurangnya intensiti.

Malah menurut bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda Ajax Amsterdam itu, ia jelas ketara ketika bergelut bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab berprofil tinggi Cyprus, Omonia Nicosia 3-2 dalam aksi Kumpulan E Liga Europa pada Jumaat.

United ketinggalan 0-1 pada separuh masa sebelum Marcus Rashford hadir dengan dua gol, dan jaringan Anthony Martial pada separuh masa kedua untuk memberi inspirasi kebangkitan lebih bertenaga kelab tersohor liga Inggeris tersebut.

Kemenangan di Stadium GSP, Strovolos itu juga penting selepas empat hari tragedi Etihad yang menyaksikan anak buah Ten Hag diaibkan 3-6 Manchester City dalam derbi Manchester.

"Ya, kami perlu meneruskan belajar dan belajar memberikan yang maksimum, kerana hanya yang baik untuk saya sudah cukup baik dan pada masa ini, setakat ini, cuma kami tidak begitu bagus.

"Kami telah melihat dan belajar pada Ahad dan perlu melakukan lebih baik. Saya fikir masalah utama adalah intensiti dan itulah yang kami lakukan dalam perlawanan sebelum ini lebih baik.

"Kami perlu membawa setiap perlawanan dengan intensiti di padang. Itu adalah perbezaan besar antara Manchester City dan kami, jadi itulah permintaan kepada skuad kami, kepada semua pemain kami, anda perlu bertanggungjawab untuk itu," kata Ten Hag.

Manchester United, yang berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bertandang ke Goodison Park berdepan anak buah Frank Lampard pada Isnin.

Artikel Berkaitan: