Suar, mercun ganggu aksi Malmo, Union Berlin

Balingan mercun segelintir penyokong Union Berlin menyaksikan perlawanan terganggu selama 20 minit. - Foto Agensi
Balingan mercun segelintir penyokong Union Berlin menyaksikan perlawanan terganggu selama 20 minit. - Foto Agensi
A
A
A

PERLAWANAN Liga Europa, Malmo menentang Union Berlin di Stadium Eleda terganggu selama 20 minit pada separuh masa kedua selepas segelintir penyokong bertindak membaling mercun ke padang.

Media tempatan melaporkan bahawa segelintir penyokong Union Berlin membaling bunga api ke padang sejurus selepas separuh masa kedua bermula menyaksikan penyokong Malmo turut bertindak balas dengan membaling suar.

Permainan diteruskan menyaksikan kemenangan 1-0 kelab Bundesliga Union Berlin, biarpun terpaksa beraksi 10 pemain apabila András Schafer dilayangkan kad merah pada minit ke-45', selepas Sheraldo Becker menjaringkan gol pada minit ke-68.

Seorang petugas mengutip suar yang dibaling penyokong Malmo. Foto Agensi
Seorang petugas mengutip suar yang dibaling penyokong Malmo. Foto Agensi

Keputusan itu menyaksikan Malmo kekal di kedudukan tercorot Kumpulan D tanpa mata selepas tiga perlawanan, manakala Union di tempat ketiga dengan tiga mata.

Keputusan Liga Europa:

Zurich 1 - 5 PSV Eindhoven

Arsenal 3 - 0 Bodo/Glimt

Artikel Berkaitan:

Rennes 2 - 1 Dynamo Kiev

Fenerbahce 2 - 0 AEK Larnaca 0

HJK Helsinki 1 - 1 Ludogorets

AS Roma 1 - 2 Real Betis

Malmo 0 - 1 Union Berlin

Braga 1 - 2 St Gilloise 2

Omonia Nicosia 2 - 3 Manchester United

Sheriff Tiraspol 0 - 2 Real Sociedad

Sturm Graz 0 - 0 Lazio

Midtjylland 2 - 2 Feyenoord Rotterdam

Freiburg 2 - 0 Nantes

Olympiakos 0 - 3 Qarabag

Crvena Zvezda 4 - 1 Ferencvaros

Monaco 3 - 1 Trabzonspor