Datuk bandar bayar balik tiket penerbangan hampir RM140,000

LaToya Cantrell - Foto AFP
LaToya Cantrell - Foto AFP
A
A
A

NEW ORLEANS - Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell menyatakan bahawa beliau akan membayar balik tiket penerbangan kapal terbang kelas pertama bernilai hampir AS$30,000 (RM139,080) ke Eropah baru-baru ini.

Beliau membuat keputusan itu selepas seorang ahli majlis bandaran mengancam mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali wang tunai yang digunakan untuk membeli tiket penerbangan tersebut.

Sebelum ini beliau menolak untuk membayar balik wang yang digunakan bagi membeli tiket penerbangan itu.

Ini kerana beliau mengemukakan alasan ia adalah untuk penerbangan mewah ke Switzerland dan Perancis bagi tujuan perniagaan yang sah dan meningkatkan pembangunan ekonomi bandar raya tu.

Namun, peguam bandar raya tersebut dan ketua pegawai pentadbiran Cantrell baru-baru ini menyatakan bahawa wang yang telah digunakan untuk membeli tiket itu perlu dibayar balik.

Wang yang digunakan untuk membeli tiket penerbangan itu bukan miliknya tetapi kepunyaan para pembayar cukai di New Orleans.

Presiden Majlis Bandar raya itu, Helena Moreno berkata pada bulan lalu bahawa majlis tersebut mempunyai kuasa untuk mengurangkan gaji datuk bandar pada tahun depan jika beliau tidak membayar balik wang yang telah digunakan untuk membeli tiket berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: