Kedah enggan berputih mata bertemu Negeri Sembilan

KDA FC perlu bangkit dengan segera mencari momentum kemenangan bagi mengejutkan NS FC yang setakat ini cemerlang di tangga keempat liga super. - Foto KDA FC
KDA FC perlu bangkit dengan segera mencari momentum kemenangan bagi mengejutkan NS FC yang setakat ini cemerlang di tangga keempat liga super. - Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC berazam untuk bangkit pada perlawanan Liga Super 2022 seterusnya bertemu Negeri Sembilan FC biarpun sedar bukan tugas mudah untuk menumbangkan lawan di Paroi pada malam Jumaat.

Tewas dua aksi berturut-turut kepada Petaling Jaya City FC 0-1 dan Johor Darul Takzim 1-3 di Alor Setar menyaksikan Kenari keciciran enam mata penting di laman sendiri.

Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, semua pemainnya perlu bangkit dengan segera mencari momentum kemenangan bagi mengejutkan Sang Rusa yang setakat ini cemerlang di tangga keempat liga super.

"Perlawanan ini juga agak sukar kerana Negeri Sembilan berada pada kedudukan keempat liga dengan hanya tewas kepada JDT dan KL City dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

"Bukan tugas mudah untuk mendapatkan rentak selepas baharu sahaja tewas kepada JDT di laman sendiri.

"Kami perlu bangkit kembali mencari rentak kemenangan dalam tempoh tiga hari ini," katanya mengulas aksi bertemu NS FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Jumaat.

Jelas Aidil Sharin, NS FC juga tewas besar 5-0 kepada JDT pada minggu lalu dan pastinya mahu bangkit untuk kembali mendapatkan mata penuh pada aksi bertemu pasukannya di laman sendiri.

Menurutnya lagi, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi pertama liga super di Alor Setar pada 17 Mei lalu dan menjangkakan satu aksi menarik akan dipamerkan pada aksi kedua ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami mengambil pengajaran daripada aksi pertama di Stadium Darul Aman dan berharap pemain akan bangkit memberikan tentangan kepada Negeri Sembilan walaupun beraksi di laman lawan.