Gempa bumi sederhana di kesan di Utara Sumatera

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 4.6 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 4.31 petang Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 165 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurut MetMalaysia, gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Perak, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia terus memantau keadaan itu, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: