Nahas bas: Jumlah meninggal dunia meningkat 12 orang

Kerja-kerja pengalihan bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilakukan hari ini. Sebelah orang termasuk pemandu maut dalam kejadian 11.10 malam tadi. -Foto Bernama

A
A
A

SEPANG - Jumlah kematian membabitkan mangsa insiden bas yang dinaiki terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi, meningkat kepada 12 orang.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, terbaharu seorang lagi mangsa wanita warga Indonesia berusia 21 tahun

"Mangsa, Fitri Nurjahari disahkan meninggal pada jam 4.30 petang di Hospital Putrajaya.

"Ini menjadikan keseluruhan mangsa yang maut setakat ini seramai 12 orang membabitkan lapan lelaki dan empat wanita," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, mengikut pecahan warga Indonesia seramai empat orang, Nepal (2 orang), Bangladesh (5 orang) dan seorang warga tempatan.

Difahamkan, rata-rata pekerjaan mangsa di MAS Kargo adalah bahagian pekerja am.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan bas pekerja: 11 lagi mangsa kritikal

Artikel Berkaitan: