Sila log masuk terlebih dahulu.

Istana Negara terus jadi tumpuan

06 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 6 OKTOBER 2022

Kenderaan rasmi yang membawa Panglima Tentera Darat Jeneral, Tan Sri Zamrose Mohd Zain memasuki Istana Negara kira-kira jam 2.05 petang.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan pada Khamis susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malah, tumpuan orang ramai pastinya terarah pada isu yang semakin membahang dan menjadi bualan hangat ketika ini iaitu pengumuman tarikh pembubaran Parlimen.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa