Bekas PM Israel dirawat di hospital akibat sakit dada

Benjamin Netanyahu - Foto AFP
Benjamin Netanyahu - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang bertanding untuk merebut jawatan itu dalam piihan raya Parlimen yang akan diadakan bulan depan dirawat di sebuah hospital pada Rabu selepas mengadu sakit dada.

Netanyahu, 73, dimasukkan ke sebuah hospital di Baitulmaqdis selepas meninggalkan upacara keagamaan di sebuah rumah ibadat Yahudi di Baitulmaqdis pada hari Rabu.

Bekas Perdana Menteri itu berasa tidak sihat semasa mengambil bahagian dalam upacara tersebut, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

"Beliau menjalani beberapa siri ujian (perubatan) di sana (hospital). Kini, beliau berasa sihat," tambah kenyataan tersebut seperti dilaporkan AFP.

Namun, pejabat berkenaan menyatakan bagi mengelakkan sebarang keraguan, Netanyahu berhasrat untuk pergi ke hospital atas kerelaannya sendiri untuk melakukan pemeriksaan, kata pejabatnya.

Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai kesihatannya itu, tetapi media Israel melaporkan beliau mengalami sakit dada.

Pilihan Raya Parlimen Israel akan diadakan pada 1 November depan dan ia merupakan yang kelima diadakan dalam tempoh kurang daripada empat tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: