Perak buru kejuaraan hatrik Piala Tun Abdul Razak

Jagatheesan (kiri) bersama Kapten Perak, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan ketika sidang akhbar pada Rabu. - Foto Malaysian Hockey Confederation
Jagatheesan (kiri) bersama Kapten Perak, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan ketika sidang akhbar pada Rabu. - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

PENYANDANG juara Perak melaungkan amaran awal apabila bertekad melakar kejuaraan hatrik buat pertama kali dalam saingan kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2022 yang menyingkap tirai pada Khamis hingga 16 Oktober ini.

Malah tanpa berselindung pengendali Perak, S Jagatheesan menyifatkan ini merupakan masa terbaik untuk pasukannya meneruskan momentum positif seperti diraih pada edisi 2020 dan 2021, apabila membuka kempen berdepan Johor.

“Tahun ini kita mempunyai matlamat berbeza sedikit walaupun pernah jadi juara banyak kali tapi kita belum pernah raih gelaran hatrik.

“Jadi kalau boleh dengan pasukan sedia ada, sasarannya ialah muncul juara sekali gus meraih kejuaraan hatrik,” katanya semasa sidang akhbar Piala Tun Abdul Razak 2022 di Stadium Hoki Nasional, pada Rabu.

Untuk rekod, Perak pernah merangkul piala itu sebanyak 11 kali edisi 1966, 1973, 1985, 1987, 1992, 2013, 2014, 2017 dan 2018.

Sementara itu, Jagatheesan menegaskan 70 peratus pemain yang membantu Perak muncul juara edisi sebelum ini dikekalkan dalam usaha mempertahankan kejuaraan berkenaan.

“Kami juga mahu memulakan aksi pertama dengan langkah kanan apabila turun menentang pasukan yang sedang meningkat naik Johor esok.

“Kita dapat melihat prestasi pasukan Johor di Sukma MSN 2021 baru-baru ini. Cara pasukan bermain dan juga pemainnya yang komited. Jadi, ia akan menjadi perlawanan yang menarik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Perak muncul juara selepas menewaskan Pahang 1-0 dalam perlawanan akhir.

HOKI PIALA TUN ABDUL RAZAK 2022

KUMPULAN A

Perak

Terengganu

Kuala Lumpur

Angkatan Tentera Malaysia

Negeri Sembilan

Johor

KUMPULAN B

Pahang

Melaka

Polis Diraja Malaysia

Selangor

Pulau Pinang

Perlis

Singapura