Ekonomi negara tidak boleh diukur hanya kepada prestasi ringgit

Nor Shamsiah - Foto Bernama
Nor Shamsiah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prestasi ringgit berbanding dolar AS tidak mencerminkan keadaan ekonomi negara kerana kadar pertukaran hanya merupakan satu daripada banyak indikator yang menunjukkan keadaan ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Justeru, beliau berkata, penting untuk melihat kepada kekuatan dan prestasi positif ekonomi Malaysia dari segi pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pasaran tenaga kerja baik dan sistem kewangan berdaya tahan yang terus memainkan peranannya dengan efektif.

"Lagipun, Malaysia mempunyai kedudukan luaran yang kukuh dengan lebih banyak aset mata asing berbanding liabillti mata wang asing.

"Pinjaman mata wang asing hanya menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan,” katanya dalam ucapan beliau yang bertajuk 'Navigating Malaysia’s Economic Transition in a post-Covid world' (Mengemudi Peralihan Ekonomi Malaysia dalam dunia pasca Covid) pada Forum Khazanah Megatrends 2022 di sini hari ini.