Sila log masuk terlebih dahulu.

Rahim Tamby Chik buat ‘come back’, mahu tanding di Hang Tuah Jaya

03 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2022

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berhasrat membuat kemunculan semula dalam arena politik dengan bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya jika mendapat restu daripada pimpinan Bersatu.

Meskipun kali terakhir bertanding pada pilihan raya umum 1995, bekas naib presiden UMNO itu yakin dengan peluangnya menawan kerusi berkenaan daripada penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR pada PRU15.

Beliau tetap yakin dengan peluangnya kerana menurutnya, masih ramai rakyat mengingati jasa beliau terutamanya ketika mentransformasi ekonomi Melaka ketika mentadbir negeri itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa