Osasuna calarkan rekod kemenangan Real

Vinicius (kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama rakan sepasukan.
Vinicius (kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama rakan sepasukan.
A
A
A

HASRAT Real Madrid untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan LaLiga tidak kesampaian selepas La Rojas diikat 1-1 oleh Osasuna dalam perlawanan yang berlangsung di Santiago Bernabeu, awal lagi Isnin.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti mengakui sedikit kecewa dengan keputusan itu namun berjanji akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Perlawanan hari ini berlangsung sangat sengit. Ia bukan hari yang baik, tetapi kami berhak untuk menang.

“Sudah tentu kami tidak gembira apabila gagal meraih kemenangan. Bagaimanapun kami akan bangkit dengan lebih baik dalam perlawanan yang seterusnya,” katanya.

Pada aksi tersebut, pEmain sayap Real, Vinicius Junior meletakkan Madrid di depan sebelum rehat, namun tandukan Kike Garcia pada awal babak kedua menyaksikan Osasuna berjaya menyamakan kedudukan.

Real berpeluang untuk memenangkan perlawanan tersebut, namun sepakan penalti yang diberikan kepada pasukan itu gagal disempurnakan Karim Benzema sekali gus menyaksikan Real Madrid keciciran mata.

Artikel Berkaitan: