Rakan baik rasai kehilangan mangsa nahas bas

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. -Foto Sinar Harian
Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. -Foto Sinar Harian
A
A
A

SERDANG - "Saya rasa kehilangan besar selepas rakan baik pergi tinggalkan saya dulu" luahan rakan salah seorang mangsa nahas bas yang meragut 11 nyawa di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 11.10 malam tadi.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, dia yang berasal dari Medan, Indonesia berkata, dia telah mengenali rakannya (Rosvita Loka Harahap, 23) sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia dan rakannya tinggal bersama di Nilai, Negeri Sembilan dan kerja di tempat yang sama di bahagian kerani.

"Ketika kejadian, saya masih dalam shif dan Rosvita dalam perjalanan ke tempat kerja bersama rakan yang lain.

"Saya hanya mengetahui kejadian selepas dimaklumkan rakan kerja yang lain sebelum terus bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Jabatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.

Suasana di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. -Foto Sinar Harian
Suasana di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. -Foto Sinar Harian

Ketika ditanya keadaan keluarga mangsa yang berada di Medan, Indonesia, Nurul memberitahu, keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu.

"Cuma saya tak pasti sama ada mereka akan datang ke sini atau tidak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, dia merasakan pemergian rakannya ini adalah satu kehilangan besar buat dirinya.

"Dia sangat baik...saya selesa berkawan dengannya," katanya sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: 11 maut bas terjunam longkang

Tiada kesan brek di lokasi kejadian: Polis

Polis siasat pemandu ikut laluan berbeza