Bubar Parlimen perlu ambil pandangan kabinet: Hamzah

Hamzah dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi Townhall Program Kita Demi Negara Zon Sabah yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.
Hamzah dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi Townhall Program Kita Demi Negara Zon Sabah yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Keputusan untuk pembubaran Parlimen perlu mengambil pandangan daripada peringkat kabinet, tegas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen selepas berbincang dengan kabinet.

"Orang kata, tak payah, (sebab) dulu-dulu tak payah (bincang di kabinet). Dulu-dulu tak payah kerana ia dominan, satu parti saja BN, sekarang ini banyak parti dalam kerajaan.

"Jadi dia (Perdana Menteri) kena ambil pandangan daripada kabinet sebelum membuat keputusan kerana ada dalam Perlembagaan.

"Ada orang kata, tak boleh sebab Perdana Menteri itu berkuasa, dia boleh pecat semua ini untuk dia buat keputusan. Tak apalah, dia pecat saja menteri-menteri yang lain dari parti beliau, maknanya dia sudah hilang majoriti. Dia hilang majoriti, dia tak boleh nasihat Yang di-Pertuan Agong, lagi, dia hanya minta saja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika ditanya pemberita berhubung pendirian Bersatu berhubung pimpinan tertinggi UMNO yang mahu PRU diadakan pada tahun ini juga.

Hamzah bagaimanapun berkata, keputusan itu terpulang juga kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan pembubaran Parlimen.

Jadi kena fikir panjanglah. Kadang-kadang UMNO ini tak fikir panjang, ini masalah kita. Sebab itu saya fikirkan bahawa kepentingan rakyat segala apa yang kita lakukan untuk kepentingan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Jadi biarlah rakyat faham siapa yang berhemah mengikut rukun negara ini. Kerana kita nak rakyat yang kita dahulukan, negara ini yang kita tentukan tujuan dan matlamat visi kita," katanya.

Sebelum itu, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri hadir pada sesi Townhall Program Kita Demi Negara Zon Sabah yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini.