Lewandowski pacu kemenangan Barcelona

Lewandowski
Lewandowski
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi Hernandez memuji aksi ditampilkan penyerangnya, Robert Lewandowski yang menjaringkan gol kemenangan buat pasukan itu ketika menumpaskan Real Mallorca 1-0 awal pagi Ahad.

Menurut Xavi, Lewandowski bukan sahaja seorang pemain yang mempunyai bakat, malah turut mampu untuk membantu pasukan dengan arahan diberikan ketika berada di atas padang.

“Kesemua pemain yang saya pilih boleh melakukan perubahan. Bagaimanapun bagi saya dia (Lewandowski) seorang pemain terbaik dan mungkin juga penyerang terbaik didunia.

“Hari ini, dia sekali lagi berjaya membantu pasukan. Kiat boleh lihat bagaimana dia berusaha, bagaimana dia memberikan arahan serta bercakap dengan rakan sepasukannya dan ia banyak membantu pasukan,” katanya.

Pada aksi tersebut, Lewandowski berjaya mencetak gol kesembilannya dalam saingan LaLiga musim ini untuk memastikan Barcelona meraih tiga mata penuh.

Kemenangan itu meletakkan skuad Catalan itu di tangga teratas buat seketika menjelang perlawanan Real Madrid menentang Osasuna awal pagi esok.

“Kami beraksi baik dalam babak pertama tetapi dalam babak kedua, kami bermain dengan cara mereka dan kami tidak boleh membenarkan perkara itu.

“Ia pasti sukar selepas waktu rehat antarabangsa dan Mallorca amat menyedarinya.Kemenangan hari ini amat penting buat kami," katanya.

Artikel Berkaitan: