Lapan pemain Sukma MSN 2022 tarik perhatian Bungaraya 7's

Al Malek Fahd - Foto Kesatuan Ragbi Malaysia
Al Malek Fahd - Foto Kesatuan Ragbi Malaysia
A
A
A

TUAH ayam nampak di kaki, tuah pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pula terpilih menjalani sesi pemilihan skuad Bungaraya Tujuh Sebelah (7's) negara.

Itulah gambaran diberikan pengurus skuad Bungaraya 7's, Datuk Azaddin Abdul Aziz, yang berkongsi perkembangan terkini skuad kendalian, Mohd Saizul Hafifi Md Noor tersebut.

Menurut Azaddin, lapan permain dari temasya dwi tahunan edisi ke-20 akan menyertai sesi pemilihan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dari 2 hingga 8 Oktober.

“Lapan pemain itu adalah Al Malek Fahd Shaifullah, Hariz Izzat Hamidon, Muhammad Shahrul Naim Rashid dari Selangor, Ahmad Aznad Rifqi Redzuan, Suhaikal Suhami (Pahang), Mohammad Ali Imran Mohd Suhaimi, Muhammad Khairi Md Radzi (Negeri Sembilan) dan Saiful Izham Salleh (Perak).

“Semua mereka pernah beraksi bersama pasukan negeri masing-masing di temasya Sukma MSN 2022 sebelum ini yang mana prestasi mereka telah menarik perhatian pengendali Saizul Hafifi.

“Sementara itu, baki 15 pemain lagi merupakan dalam kalangan pemain yang mengikuti Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN) dan KRM,” ujarnya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Untuk rekod, skuad Bungaraya 7's lelaki dan wanita negara akan menyertai Kejohanan Siri Ragbi Asia dijadualkan berlangsung di Thailand dari 22 hingga 23 Oktober, diikuti 12 hingga 13 November (Korea Selatan) dan 26 hingga 27 November di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel Berkaitan: