KPDNHEP bincang isu bekalan telur ayam Isnin ini

Rosol (tengah) menerima cenderahati daripada Abdul Yunus selepas menyempurnakan Perasmian Karnival Barangan Malaysia 2022 di pekarangan Mydin Mall Meru Raya pada Sabtu.
Rosol (tengah) menerima cenderahati daripada Abdul Yunus selepas menyempurnakan Perasmian Karnival Barangan Malaysia 2022 di pekarangan Mydin Mall Meru Raya pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bekalan Telur bagi berbincang mengenai isu kekurangan barangan keperluan itu pada Isnin depan.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.

Menurutnya, pegawai KPDNHEP akan memantau situasi berkenaan dan berharap perkara itu tidak serius.

"Semalam saya dapat panggilan daripada seorang pengusaha telur ayam dalam negara. Mereka mengaku oleh kerana kenaikan mata wang Amerika Syarikat menjadikan mereka tak mampu lagi untuk mengeluarkan telur. Jadi mereka memohon supaya kerajaan menambah lagi subsidi. Hari ini kita bagi subsidi 3 sen sebiji tetapi mereka nak 7 sen sebiji.