Kerajaan pertimbang lupus hutang lama peserta Felcra

Mahdzir (tiga dari kiri) menyerahkan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah sempena Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 pada Sabtu.
Mahdzir (tiga dari kiri) menyerahkan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah sempena Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Kerajaan sedang mempertimbang melupuskan hutang lama lebih 30 tahun berjumlah RM230 juta melibatkan 20,000 peserta Felcra.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hutang dari generasi pertama itu tidak dapat diselesaikan dan kekal sehingga beberapa generasi

Menurutnya, hutang berkenaan secara bulanan mengikut pendapatan dan Felcra tidak mendesak untuk melakukan pembayaran dalam jumlah tertentu.

"Kita memberi peluang kepada peserta membuat pembayaran kerana memahami pendapatan rendah yang diterima," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata, pihaknya kini sedang mencari jalan menyelesaikan hutan lama itu bagi mengelakkan masalah sama dihadapi generasi selepas ini.

"Kita akan bincang perkara ini. Lebih baik kita cari jalan untuk elak generasi yang akan datang berdepan masalah sama," jelas beliau.

Ketika ditanya mengenai penempatan Orang Asli yang diancam binatang liar, Mahdzir memaklumkan, perkara itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak menerima laporan mengenai ancaman itu tetapi menyerahkannya kepada dua agensi itu kerana mereka sudah biasa menguruskan perkara ini," ujarnya.