Aston Villa, Perancis terlepas khidmat Kamara

Boubacar Kamara
Boubacar Kamara
A
A
A

ASTON Villa terpaksa melupakan khidmat Boubacar Kamara, yang juga pemain tengah Perancis, Boubacar Kamara hingga berakhir Piala Dunia 2022 di Qatar yang bermula hujung tahun ini.

Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard ketika memaklumkan perkembangan itu berkata, pemain tersebut mengalami kecederaan lutut semasa membantu The Villans menewaskan Southampton 1-0 dalam Liga Perdana Inggeris awal bulan ini.

“Pasukan akan kehilangan khidmat Bouba sehingga berakhir Piala Dunia 2022 berdasarkan tahap kecederaannya ketika ini.

“Ini satu tamparan hebat tidak hanya kepada kelab tetapi juga pasukan Perancis yang memerlukan khidmatnya di Piala Dunia,” kata Gerrard menjelang kunjungan pasukannya ke Elland Road berdepan Leeds United pada Ahad.

Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu telah melakukan tiga penampilan bersama pasukan Perancis sejak Jun lalu.

Ketiadaan Boubacar juga merupakan tamparan terbaharu buat juara bertahan Perancis, yang sebelum ini kehilangan N'Golo Kante dan Paul Pogba menjelang sepak mula temasya bola sepak besar dunia itu yang dijadualkan 20 November.

Les Bleus kendalian Didier Deschamps yang diundi dalam Kumpulan D, akan menyingkap kempen Qatar 2022 menentang Australia pada 22 November diikuti perlawanan menentang Denmark dan Tunisia.

Artikel Berkaitan: