Palestin ujian pertama Harimau Muda di Bogor

Skuad Harimau Muda Bawah 17 tahun.
Skuad Harimau Muda Bawah 17 tahun.
A
A
A

SKUAD Harimau Muda Bawah 16 tahun (B-16) bakal berdepan laluan berliku apabila menyingkap saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Indonesia pada Sabtu.

Malah skuad Osmera Omaro juga tampil di Bogor dengan misi mencari penawar kepada episod duka terkandas di peringkat kumpulan Piala AFF B-16 sebelum ini.

Tugasan pertama anak buah Osmera adalah untuk meraih keputusan positif apabila menentang Palestin di Stadium Pakansari sebelum berdepan dua lagi lawan Kumpulan B, Emiriah Arab Bersatu (UAE) diikuti tuan rumah Indonesia.

"Ya, keputusan positif ke atas Palestin dalam perlawanan pertama akan memberi motivasi tambahan kepada para pemain untuk dua aksi seterusnya.

"Sejujurnya sebelum ini pasukan cukup terkesan pada penampilan pertama di kejuaraan Piala AFF disebabkan pandemik Covid-19, biarpun dalam kalangan pemain sudah memberikan terbaik.

"Untuk berdepan Palestin pasukan yang penuh misteri ini, berdasarkan analisa barisan kejurulatihan saya mendapati kualiti pasukan negara dan Palestin adalah seimbang," katanya.

Untuk rekod, anak buah Osmera mendapat tonik berharga sebelum menyingkap kempen kelayakan apabila menewaskan Taiwan 2-1, dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: