Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Mayat lelaki ditemukan terbaring berhampiran tiang elektrik dipercayai terkena renjatan elektrik berhampiran Taman Flamingo Manggatal, Kota Kinabalu.
Mayat lelaki ditemukan terbaring berhampiran tiang elektrik dipercayai terkena renjatan elektrik berhampiran Taman Flamingo Manggatal, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Taman Flamingo Manggatal di sini pada Jumaat.

Lelaki berusia 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring berhampiran tiang elektrik kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dipercayai kematian berlaku lebih daripada 24 jam.

"Hasil pemeriksaan awal pada mayat disyaki mangsa mati akibat terkena renjatan eletrik.

"Mayat dalam keadaan terbaring di bawah tiang elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan hasil pemeriksaan tubuh badan mangsa tidak menemui dokumen pengenalan diri.

"Selain itu, tiada sebarang kecederaan luka untuk dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah setakat ini dan tiada sebarang senjata ditemui di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, sebelum itu pihak SESB telah dimaklumkan berhubung kejadian terbabit dan segera membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan selamat untuk tindakan selanjutnya.

"Mayat dihantar ke bahagian forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 bagi menjalankan bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: