Pas diharap guna logo PN dalam PRU15: Hamzah

Hamzah (kanan) dan Muhammad Sanusi (tengah) beramah mesra dengan ahli pada Majlis Amanah Setiausaha Agung PN di sebuah hotel, di sini, pada malam Khamis.
Hamzah (kanan) dan Muhammad Sanusi (tengah) beramah mesra dengan ahli pada Majlis Amanah Setiausaha Agung PN di sebuah hotel, di sini, pada malam Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan hasrat Pas menggunakan logo sendiri di beberapa negeri ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan tidak kesampaian.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya berharap rakan gabungan mereka Pas termasuklah di Kedah dapat menggunakan logo PN pada PRU akan datang.

Hamzah berkata, logo digunakan PN tidak akan mengelirukan kerana ia berbeza berbanding logo BN.

Saya nak maklumkan bila bersama dengan rakan-rakan daripada Pas dalam kerajaan, saya tengok mereka ini baik-baik belaka, saya ucapkan tahniah.

“Jadi, bila saya sudah kata macam itu, jangan fikir lain lagi, ini logo PN kena tukarlah. Pasal nanti orang ingat warna sama (dengan BN). Logo mereka dacing," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN di sebuah hotel, di sini, pada malam Khamis.

Beliau menjelaskan, gambar digunakan BN ketika rakyat keluar mengundi pada pilihan raya nanti adalah logo dacing.

"Kitalah satu-satunya parti yang tulis penuh ‘Perikatan Nasional’. Perikatan Nasional dia tulis Perikatan Nasional, warna apapun tidak apa. Kan mudah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Disebabkan itu, Hamzah berkata, penggunaan logo PN wajar dipertahankan gabungan parti dalam PN sebagai tanda persepakatan dan kekuatan untuk berdepan pilihan raya nanti.

“Buat masa ini, biarlah itu logo kita (iaitu) Perikatan Nasional. Itulah logo kita pakai. Insya-Allah. Apabila sudah menang esok, kita sudah berkuasa. Baru buat logo.

"Pada masa itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan turun dari kampung ke kampung tunjuk, ini logo baharu kita," katanya.

Hamzah berpandangan, logo baharu berkenaan kemudian dicadangkan dilancarkan dari kampung ke kampung selepas PN memenangi PRU15.

"Masa ini kita jangan lupa sebab nak senangkan logo kepada rakyat bawah. Esok-esok mereka tanya logo siapa pula ini. Jadi Pengerusi PN Kedah, tolong pertahankan logo PN,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan cadangan Pas untuk menggunakan logo sendiri di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada PRU15 akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan berkenaan dibawa memandangkan Pas tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!