'Tak sabar nak peluk kakak'

TUMPAT - "Saya tak sabar nak peluk kakak," kata adik bongsu ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, selepas mengetahui kakaknya sudah berada di Malaysia.
Adik Azi yang berusia 25 tahun itu berharap anggota polis dapat membawa kakaknya pulang dalam masa terdekat.
Dia juga turut meminta orang ramai bersama-sama mendoakan keselamatan kakaknya selepas peristiwa sedih yang berlaku dalam keluarganya.
"Alhamdulillah, tak sabar nak peluk dia," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.