Lelongan rangka T. rex dijangka cecah lebih RM115 juta

No Image Caption
A
A
A

HONG KONG - Rangka tulang dinosaur T. rex yang dikenali sebagai Shen dijangka dilelong sehingga AS$25 juta (RM115.89 juta) di Hong Kong pada bulan November depan.

Lelongan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong dan pertama kali dilelong di Asia.

Dinosaur itu pernah hidup antara 66 hingga 68 juta tahun lalu.

Rangka tulang haiwan tersebut ditemui di negeri Montana Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu.

Ia mempunyai ketinggian hampir 5 meter dan sepanjang 12.2 meter.

Firma lelongan Christie's yang bertanggungjawab menjual rangka tulang tersebut akan membawanya ke Teater Victoria dan Dewan Konsert Singapura untuk pameran singkat dari 28 hingga 30 Oktober depan sebelum dihantar ke Hong Kong untuk dilelong.

Ia kemudian akan menjadi tontonan umum di Hong Kong sebelum dijual sebagai sebahagian daripada lelongan musim luruh Hong Kong. - Agensi

Artikel Berkaitan: