Ubat baharu Eisai untuk Alzheimer didapati berkesan

Gambar hiasan 123rf
Gambar hiasan 123rf
A
A
A

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang mereka bangunkan bersama, didapati berkesan memperlahan kemerosotan simptom dalam ujian klinikal tahap akhir.

Eisai merancang untuk memohon kelulusan kawal selia dadah, lecanemab, di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah menjelang akhir Mac 2023, lapor Jiji Press.

Percubaan klinikal tahap akhir dijalankan ke atas 1,795 orang.

Keputusan percubaan menunjukkan kesan ketara secara statistik, termasuk memperlahan perkembangan simptom sebanyak 27 peratus berbanding pesakit yang diberi plasebo, menurut syarikat itu.

Aducanumab, satu lagi ubat untuk penyakit Alzheimer, yang dibangunkan bersama oleh Eisai dan Biogen, diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS pada Jun tahun lepas. Namun keberkesanannya dipersoalkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: