Kes pendakwah: 'Jangan tangguk di air keruh'

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

PUTRAJAYA - Rakyat dinasihatkan tidak menjadikan kes membabitkan pendakwah sebagai menangguk air yang keruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbuatan itu memberi mesej buruk terhadap nilai agama tatkala ramai agamawan lain berusaha membawa mesej kepada masyarakat.

"Kita tetap tidak bersetuju terhadap perlakuan bertentangan dengan undang-undang apatah lagi yang menceroboh kehormatan diri," tegasnya.

Menurut Idris, ulasan sepanjang perbicaraan kes itu akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap mana-mana pihak serta imej Islam.

"Kita perlu memegang akhlak dan ilmu ajaran agama terutama sekali kepada para pendakwah dan ikon besar yang diikuti orang ramai," tulisnya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, seluruh masyarakat termasuk badan bukan kerajaan juga perlu bersatu hati untuk turun padang menggerakkan kempen kesedaran kepada masyarakat daripada jenayah seumpama.

"Adalah menjadi tugas semua untuk sama-sama melindungi masyarakat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Biarlah kebenaran itu dibawa mengikut saluran yang tepat dan kita terus menjadi rakyat serta umat Islam bertanggungjawab dalam apa jua situasi agar ALLAH SWT menilai usaha sebagai seorang muslim," katanya.

Artikel Berkaitan: