Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

No Image Caption
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai kadar inflasi negara, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0900/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0900 semasa ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Dagangan dan Strategi Pasaran SPI Asset Management, Stephen Innes berkata data inflasi domestik yang rendah itu menunjukkan Bank Negara Malaysia mempunyai asas untuk melaraskan kadar faedah kepada paras yang sedikit rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata keyakinan terhadap pemuktamadan perjanjian perdagangan AS-China akan mengekang kenaikan ringgit bagi jangka pendek.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0169/0210 daripada 3.0182/0207 pada Jumaat minggu lepas namun rendah yen Jepun kepada 3.6672/6726 daripada 3.6583/6613.

Ringgit tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3346/3415 daripada 5.3458/3509 minggu lepas dan stabil berbanding euro kepada 4.5865/5938 daripada 4.5889/5927.- Bernama

Artikel Berkaitan: