MASCA sedia bantu Syahida Asyiqin

Syahida Asyiqin
Syahida Asyiqin
A
A
A

PERSATUAN Kanu Malaysia (MASCA) sedia membantu ratu kayak Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Syahida Asyiqin Rusli untuk terus bergiat dalam sukan berkenaan di samping melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Setiausaha Agung MASCA, Dr Jaffry Zakaria berkata, pihaknya melihat Syahida, 18, mempunyai potensi besar dalam sukan berkenaan selepas berjaya meraih empat emas dan turut memecahkan empat rekod kebangsaan pada temasya Sukma yang berakhir minggu lalu.

Menurut Jaffry, pihaknya sedar akan kehendak Syahida serta beberapa lagi atlet lain dan mereka sedia membantu atlet berpotensi ini meneruskan pelajaran, namun dalam masa sama aktif bersukan.

“Kita sudah menghubungi atlet berkenaan. Daripada peringkat persatuan, memang kita akan membantu. Bukan hanya beliau seorang tetapi ada beberapa lagi atlet negeri lain yang sudah tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan perlu menyambung pelajaran, namun dalam masa sama juga, mereka ini boleh meneruskan latihan.

“Jadi kita hendak serapkan mereka ini, apabila berakhirnya Sukma, proses latihan masih boleh berjalan. Kita tidak mahu mereka terhenti di situ sahaja dan itu satu kerugian kepada kita di peringkat persatuan (kebangsaan) dan negeri,” kata Jaffry.

Sebelum ini, Syahida menjadi tumpuan pada penampilan pertamanya di temasya Sukma apabila meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa selain turut memecah empat rekod kebangsaan dalam acara K1 1000 meter (m), K1 500m, K1 200m dan K2 200m.

Bagaimanapun, beliau meluahkan hasrat untuk bersara daripada sukan berkenaan memandangkan mahu memberi tumpuan penuh kepada pelajaran dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics.

Artikel Berkaitan: