Lupakan kekalahan di Penang, fokus Sarawak United

KL City mempunyai misi penting dalam perlawanan menentang Sarawak United dalam perlawanan Liga Super di Cheras, pada Rabu.- Foto Kuala Lumpur City
KL City mempunyai misi penting dalam perlawanan menentang Sarawak United dalam perlawanan Liga Super di Cheras, pada Rabu.- Foto Kuala Lumpur City
A
A
A

KUALA Lumpur City (KL City) FC perlu melupakan kekalahan 0-1 kepada Penang FC apabila melayan kunjungan Sarawak United dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada Rabu.

Malah pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco mahu para pemain The Hawks segera melupakan kekalahan pada 24 September itu dan memperbaiki segala kelemahan sebelum menyambut kelab Kepulauan Borneo tersebut.

“Kami tewas kepada Penang yang sebelum ini tewas dalam tujuh perlawanan berturut-turut dan sememangnya kekalahan ini perlu buatkan kami kembali melihat secara keseluruhan prestasi masing-masing.

“Namun, saya masih percaya pasukan ini masih berada dalam kedudukan terbaik kerana itu merupakan kekalahan kami yang kedua selepas 12 perlawanan,” katanya.

Gallifuoco juga mengakui faktor kepenatan juga membelenggu rakan sepasukan selepas melalui jadual padat ekoran bersaing di Piala AFC.

Cuma saya turut melihat faktor kepenatan ada sedikit sebanyak mengganggu kami kerana banyak perlawanan kami kena lalui terutama perlu beraksi di laman lawan. Selain itu ketiadaan Zhafri Yahya dan Declan Lambert yang bersama pasukan kebangsaan.

“Jadi, berdepan Sarawak di tempat sendiri, saya harap kami tahu apa perlu dilakukan untuk mendapatkan kemenangan demi mendapatkan lonjakan moral sebelum terbang ke Uzbekistan.

“Biarpun Sarawak United menduduki tangga kedua terakhir, itu bukan bermakna mereka terlalu lemah kerana semua pasukan miliki kualiti tersendiri selain saya dapati Liga Malaysia sangat kompetitif kerana kualiti semua pasukan tidak terlalu jauh berbeza,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 September lalu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, jaringan tunggal penyerang Penang, Lucas Silva pada minit 79 menyaksikan KL City pulang hampa walaupun dihidangkan beberapa peluang keemasan untuk jaringkan gol.

Sementara itu, penyerang KL City, Jordan Mintah mengakui masih belum berpuas hati sumbangannya berharap sentiasa diturunkan bagi membantu skuad warga kota tersebut.

“Saya berada di sini untuk membantu pasukan bagi mencipta sejarah serta cuba meletakkan KL City dalam kedudukan yang lebih baik di persaingan liga.

“Semuanya sangat baik di sini dan saya cuba mengikuti apa segala arahan jurulatih, itu yang lebih penting kerana jurulatih juga membantu saya bagi memahami sistem permainan di sini,” katanya..

Untuk rekod, KL City juga dalam persiapan berdepan kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada aksi Final Antara Zon Piala AFC, pada 5 Oktober depan.

LIGA SUPER RABU (28 SEPTEMBER)

KL City lwn Sarawak United

(Std Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 malam )