Papan tanda Mcdonald's terbakar

Kebakaran papan tanda Mcdonald's di Jalan Pendekar, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Isnin.
Kebakaran papan tanda Mcdonald's di Jalan Pendekar, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengunjung Mcdonald's di Jalan Pendekar, Taman Ungku Tun Aminah di sini cemas seketika apabila papan tanda di hadapan restoran makanan segera itu terbakar pada Isnin.

Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.50 petang.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian didapati papan tanda berkenaan sudah terbakar 80 peratus. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.

"Kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 7.16 petang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: