Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang: Liridon

Liridon(kanan) memuat naik status di IG miliknya.
Liridon(kanan) memuat naik status di IG miliknya.
A
A
A

PEMAIN tengah Khon Kaen, Liridon Krasniqi meluahkan kekecewaannya terhadap kritikan dilakukan peminat bola sepak tanah air kepada Mohamadou Sumareh yang diturunkan ketika Malaysia tewas kepada Tajikistan menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Raja Thai, pada Ahad.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya, Liridon memuat naik satu gambar bersama kapsyen pemain naturalisasi akan dianggap sebagai warga Malaysia sekiranya menang, namun jika sebaliknya mereka akan digelar sebagai imigran.

“Kita dianggap sebagai warga Malaysia sekiranya pasukan kebangsaan menang. Bagaimanapun sekiranya kalah, mereka digelar sebagai imigran,” tulis Liridon.

Sebelum ini, Sumareh yang mendapat jolokan “The Keli Boy” dikritik hebat oleh peminat bola sepak tanah air selepas gagal menampilkan aksi terbaik apabila diturunkan bagi membantu jentera serangan Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala Raja Thai menentang Tajikistan pada Ahad.

Malah pada aksi tersebut, Sumareh hampir dibuang padang selepas melakukan terjahan berbahaya terhadap pemain lawan, Ehsoni Panshanbe ketika dia sudahpun dilayangkan kad kuning sebelumnya oleh pengadil perlawanan.

Artikel Berkaitan: