Murray saran Federer guna pengalaman majukan dunia tenis

Murray (kanan) percaya Federer masih memiliki aura dalam membangunkan komuniti tenis.
Murray (kanan) percaya Federer masih memiliki aura dalam membangunkan komuniti tenis.
A
A
A

JUARA 20 kali Grand Slam, Roger Federer diharapkan dapat mengekalkan penglibatan dalam sukan tenis terutama dalam bidang kejurulatihan selepas pemain Switzerland itu mengumumkan persaraannya.

Malah juara tiga kali Grand Slam, Andy Murray menyarankan supaya pemain berusia 41 tahun itu menggunakan segala pengalaman membangunkan bakat muda sukan tersebut.

“Saya percaya sekiranya Roger menjadi jurulatih, dia tidak hanya akan membentuk pelapis terbaik, tetapi juga mewujudkan lebih banyak kelompok pemain baharu.

Ya, sememangnya sebelum ini pun adalah sukar untuk melihat transisi bekas pemain hebat dari berstatus pemain ke kejurulatihan.

"Namun saya percaya bakat luar biasa dan keazaman tinggi dimiliki Roger, mampu digunakan sebaik mungkin untuk masa depan dunia tenis," kata pemain Britain berusia 35 tahun tersebut.

Federer sebelum ini memberi bayangan untuk terus kekal dalam arena tenis dalam perlawanan pertunjukan selepas

menggantung raket acara kompetitif.

Bintang tenis antara pemain terbaik sepanjang zaman mencipta sensasi di media sosial apabila mengumumkan persaraan selepas Kejuaraan Piala Laver.

Artikel Berkaitan:

Dalam acara beregu Kejuaraan Piala Laver, Federer yang bergandingan dengan Rafael Nadal untuk Pasukan Eropah tewas 6-4, 6-7 (2/7), 9-11 kepada Tiafoe dan Jack Sock dari Pasukan Dunia.