Mesir berminat jadi tuan rumah Olimpik 2036

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MESIR mungkin akan menjadi negara pertama dari Arab atau Afrika yang akan menjadi hos buat Sukan Olimpik apabila bercadang untuk membida bagi menjadi tuan rumah temasya itu pada tahun 2036.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan Mesir, Ashraf Sobhi berkata, Presiden Abdel Fattah Al-Sisi sudah memberi lampu hijau untuk negara itu membida ketika pertemuan bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach di Kaherah sebelum ini.

"Presiden Abdel Fattah al-Sissi telah memberikan kebenarannya kepada Mesir untuk meletakkan dirinya sebagai tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2036," kata Sobhi.

Dalam pada itu Bach berkata, beliau percaya Mesir mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk menjadi tuan rumah temasya tersebut sambil menyifatkan ia akan menjadi satu sejarah dalam sukan dunia sekiranya negara itu memenangi bidaan tersebut.

“Mesir mempunyai infrastruktur sukan yang kukuh dan jika ia boleh menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, ia akan menjadi bersejarah,” kata Bach.

Selain Mesir beberapa negara turut berminat untuk menjadi hos temasya Olimpik 2036 antaranya Jerman, Mexico turki, Russia, India dan Qatar.

Artikel Berkaitan: