Op Khas: Empat individu dikehendaki antara 69 ditahan

Seramai 69 individu termasuklah empat berstatus dikehendaki ditahan polis melalui Op Khas (House Storming) di beberapa kawasan di Kuala Kedah pada Sabtu. -Foto: Polis Kedah
Seramai 69 individu termasuklah empat berstatus dikehendaki ditahan polis melalui Op Khas (House Storming) di beberapa kawasan di Kuala Kedah pada Sabtu. -Foto: Polis Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Empat individu berstatus dikehendaki antara 69 yang ditahan polis melalui Op Khas (House Storming) di beberapa kawasan di Kuala Kedah pada Sabtu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua mereka termasuklah dua wanita ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu.

Menurutnya, sebanyak 86 buah rumah dan premis diperiksa dalam operasi terbabit melibatkan pemeriksaan terhadap 253 individu.

"Melalui pemeriksaan, 69 individu terdiri daripada 67 lelaki dan dua wanita telah ditangkap atas pelbagai kesalahan.

"Dalam serbuan sama, kita juga berjaya menangkap empat individu berstatus 'wanted' atau dikehendaki," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup dan wang tunai serta mengeluarkan 32 saman trafik dalam operasi terbabit.

Wan Hassan berkata, operasi itu membabitkan seramai 280 pegawai kanan dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Tambah beliau, operasi turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kedah, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 'Tiger Platoon' Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.

Artikel Berkaitan:

Operasi turut disertai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Mohd Naim Asnawi yang bertindak sebagai Pegawai Medan dalam operasi terbabit.