Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua bekas Pegawai Kanan Imigresen Perak bersalah terima rasuah

23 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 23 SEPTEMBER 2022

Bekas Pengarah Imigresen Perak dan bekas Ketua Unit Pendakwaan Imigresen negeri dihukum penjara tiga tahun dan denda RM85,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat selepas masing-masing didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tujuh tahun lalu.

Hakim S Indera Nehru menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulhairin Yahya dan Zaidi Dali selepas perbicaraan di akhir kes pembelaan di Ipoh.

Indera Nehru memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh hari ini, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Artikel: https://bit.ly/3SquIRr

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuahbusters #MalaysiaBerintegriti