Bawa kanak-kanak: Polis panggil penganjur himpunan

MAZLAN
MAZLAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil penganjur himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas terdapatnya kesalahan peserta yang membawa kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis menerima satu laporan berhubung kejadian ini.

Menurutnya, syarat telah diberikan sebelum ini berkenaan larangan membawa kanak-kanak menyertai himpunan.

"Satu laporan telah diterima di bawah Seksyen 4(2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana kesalahan membawa kanak-kanak.

"Penganjur langgar syarat yang diberikan. Kita kena tegas perkara ini dan akan akan panggil penganjur dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, tadi.

Semalam, kira-kira seramai 55,000 peserta hadir menyertai Himpunan ICERD di Dataran Merdeka.

[ARTIKEL BERKAITAN :ICERD: Masih ada peserta bawa anak kecil berhimpun]

[ARTIKEL BERKAITAN :55,000 turun Himpunan ICERD]

Artikel Berkaitan:

Perhimpunan yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingino.

Bagaimanapun, tinjauan semasa himpunan berlangsung mendapati terdapat segelintir ibu bapa yang membawa anak kecil bagi menyertai perhimpunan.