Peragut tular telah didakwa

Video kejadian cubaan ragut oleh seorang warga asing dikesan tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Rabu.
Video kejadian cubaan ragut oleh seorang warga asing dikesan tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki warga asing ditahan ketika cuba meragut seorang mangsa di Jalan Tun Tan Cheng Lock off Jalan Tun HS Lee, di sini 31 Ogos lalu tular pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari itu dikesan tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter.

"Pada Khamis jam lebih kurang 11 pagi pihak polis terkesan satu video berdurasi 12 saat dimuat naik pemilik akaun Twitter nan manjoi8715 memaparkan kejadian seorang anggota polis menahan seorang suspek ragut.

"Suspek terlibat adalah seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noor Dellhan berkata, lelaki terbabit telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta, di sini 1 September lalu.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan kegiatan yang melanggar undang-undang tindakan tegas akan diambil kepada yang melakukan kesalahan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: