Banjir: PPS dibuka di Pontian

PPS SK Kampung Sawah dibuka pada Khamis bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
PPS SK Kampung Sawah dibuka pada Khamis bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
A
A
A

PONTIAN - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara ( PPS) dibuka di daerah ini pada Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian menerusi kenyataan pada jam 4 petang memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah Pekan Nanas dibuka dan mula beroperasi pada jam 8 pagi.

"Seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga dari Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya ditempatkan di PPS berkenaan," katanya.

Sementara itu di Batu Pahat, seramai 44 mangsa dari 11 keluarga masih PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading ekoran banjir bermula pada 14 September lalu.

Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.

Artikel Berkaitan: