Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis kesan lelaki tunjuk samseng halang kereta di Kajang

21 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 21 SEPTEMBER 2022

Polis sedang mengesan seorang pemandu lelaki disyaki terlibat dalam kes samseng jalanan apabila menghalang dan menakutkan sebuah keluarga secara jenayah di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, risau diapa-apakan, mangsa bertindak mengundurkan kenderaan lalu memecut laju melarikan diri namun suspek terus mengejarnya.

Detik cemas itu tular selepas video rakaman kamera papan pemuka dari kenderaan dinaiki mangsa dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Isnin.

Artikel penuh

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Samseng #Kajang #SinarHarian