AEON BiG bekerjasama dengan kelab bola sepak tempatan

Sheikh Farouk (kiri) bersama penaja lain di Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.
Sheikh Farouk (kiri) bersama penaja lain di Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG) telah bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers sebagai usaha untuk memantapkan pembangunan bola sepak kelab tersebut dan bersama komuniti setempat.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, ia merupakan kerjasama kali pertama AEON BiG dengan kelab bola sepak di negara ini.

“Kami tertarik dengan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers kerana pasukan ini mempunyai visi dan misi yang jelas serta program mereka melibatkan komuniti di kawasan Setiawangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penaung Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers yang merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sementara itu, Presiden Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers, Khushairi Aizad Jamalludin berkata, kelab tersebut terus mendapat sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi, penjenamaan kelab dapat menarik minat para penaja untuk bersama dengan pasukan ini.

“Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mendapat penajaan pada tahun 2022 daripada SLAE Cosmetics, AEON BiG, CRSC Group, ST Rosyam Mart, KitaSetiawangsa, QR Apparel, 8055 Specialty Coffee dan Keramat Tea.

“Kami kini mempunyai seramai 150 pemain yang terdiri daripada kategori kanak-kanak, remaja, bola sepak lelaki dan wanita, futsal lelaki dan wanita,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Khushairi berkata, kelab itu sedang bermain dalam Liga Suparimau, Milo Junior Champion League, Liga Bola sepak Kuala Lumpur dan akan menyertai Liga Bola sepak Wanita Kuala Lumpur Disember nanti.

“Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah dijemput ke Cruyff Legacy Summit di Amsterdam pada 21 September 2022 dan akan mengadakan lawatan rasmi ke Queens Park Rangers pada 27 September 2022.

“Kelab ini akan membuka pendaftaran akademi bola sepak secara rasmi pada hujung Oktober kepada orang ramai,” katanya.